Selasa, 10 September 2013

Aku yang dulu bukan yang sekarang...

Dulu lain,sekarang dah lain.

Hurm...Dulu masa aku sekolah dulu takde bebas semacamana budak2 sekolah zaman sekarang nie.Nak keluar jalan2 dengan kawan pun tak kasi walaupun dekat The Store Sg Buloh.Dulu aku telefon bimbit pun takde.Cemburu jugalah tengok kawan2 masa tue dah pakai handphone.Aku ada minta kat Mama dengan Abah aku mereka tak bagi sebab masih bersekolah dan masa itu pun bukan satu keperluan macam sekarang nie.Aku memberontak jugalah itu ini tak bagi.Dulu aku tak pernah pergi masuk atau main komputer di Kafe Siber(CC) sebab kat rumah dah ada PC dan memang tak berani pun nak masuk kat sana.Sekarang nie,budak-budak seumur 7 tahun dah pandai masuk CC dan bermain.Itu tak apa lagi.Tapi ada jugalah sesetengah budak2 sekolah bukak benda yang tak sepatutnya.Kalau yang dewasa tue,tak mampulah nak larang sebab dan dewasa dan boleh fikirkan.Hairan sebab dari mana budak2 nie tahu pasal benda2 nie.Aku dulu lagilah tak tahu.Dulu buat Myspace(sebelum datangnya Facebook&Twitter) pun sepupu aku buatkan.Masa aku tamat tingkatan lima barulah aku belajar sikit2 pasal internet.Dan masa aku masuk belajar di UNISEL Shah Alam,barulah aku dapat handphone.Itupun handphone yang baling kat anjing boleh mati tue.Hehehehehe...Bagi aku dulu aku tak kisah dengan benda2 tue semua.Memanglah macam tak "Up To Date" tapi dahulu tanpa benda ini semua,manusia pun boleh hidup seperti biasa juga kan.Pada zaman sekarang ini,segalanya berubah.Almaklumlah,zaman teknologi canggih,Budak2 sekolah rendah pun sudah memiliki telefon bimbit berjenama mahal.Aku yang kerja nie pun tak mampu nak beli telefon macam tue.Sekarang nie aku pakai Samsung Corby II aje.Cukuplah sekadar boleh bertelefon,ber"SMS",ada kamera,MP3 dan boleh surfing internet.Bagi akulah,tak ade WeChat,LINE,Kakao Talk,Whatssap pun takpe,tak penting sebab aku takde ramai kawan pun.

Dengan Facebook kita boleh buat bisnes online.Ini dapat membantu terutamanya kaum wanita dan ibu2 tunggal menjana pendapatan untuk membantu keluarga.Tetapi awas,banyak kes2 penipuan melalui Facebook ini.Sebagai contoh ramai yang tertipu dengan cinta Facebook.Zaman sekarang ini sukar nak mencari orang yang betul2 boleh dipercayai.Semua berada dihujung jari sekarang.Baru aku faham kenapa Mama dengan Abah aku buat macam tue.Sekarang dah bekerja barulah dapat dengan hasil titik peluh sendiri.Alhamdulillah..Sekarang nie aku sudah sampai ke bumi Kanngaroo(Australia) dan Kota Singa(Singapura)...

















 Beberapa keping gambar ketika di Sydney,Australia pada Disember 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan