Tasha Shila dipersalahkan kerana prestasi Mahali Jasuli merosot?
Assalamualaikum...
Apa cerita hari ini?Saya baru dapat info daripada blog2 tempatan tentang cerita yang agak panas juga buat peminat aktres Tasha Shila (termasuk saya).Gara2 prestasi pemain bola sepak tempatan iaitu Mahali Jasuli merosot,Tasha dituduh sebagai penyebabnya.Benar saya adalah peminat Tasha tetapi adakah wajar kita menuduhnya sebagai penyebab kemerosotan prestasi orang lain?Sejauh mana kebenaran tentang cerita ini?Tasha sudah memberi kenyataan tentang ini dan Tasha menafikannya.Katanya juga,Mahali Jasuli kini alami kecederaan dan disebabkan itu,prestasinya agak terjejas sedikit.
Dengar katanya,mereka berkawan baik.Ada juga dengar desas-desus mengatakan mereka ini bercinta.Jadi mana yang betul?Tak perlulah nak gembar-gemburkan hal ini.Tasha ada memberi kenyataan yang dia bersedia untuk berkahwin tetapi dengan siapa,biarlah Allah yang tentukan.Siapa yang tidak mahukan Tasha Shila untuk dijadikan isteri?Saya pun harap dapat jadi kawan Tasha shila kalau diizinkan Allah,Amin...Kalau tak jadi kawan pun,cukuplah sekadar menjadi peminat dan penyokong.
Jujur saya katakan,masa mula2 dia berlakon,saya tak suka sebab dia berlakon jadi jahat dalam Drama Sahara di TV3(Slot Samarinda),Gemilang(Slot Lestari),dan Tentang Dhia(Slot Akasia).Saya memang tak suka dia dalam drama aje.Lepas itu,saya tidak lagi menonton drama2 yang dia lakonkan dan suatu hari,saya menonton drama Saleha(Slot Cerekarama) di TV3 pada hari sabtu pukul 10.00 malam.Watak Tasha didalam cerita itu adalah seorang gadis yang terencat akal yang bernama Saleha.Dari situ,hati tersentuh dan dari situ jugalah,saya mula meminati pelakon Tasha Shila sehingga ke hari ini.
Tasha memang berbakat dalam lakonan.Memang tak dinafikan.Jika tidak,masakan dia boleh memenangi anugerah Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular dan Heroin Baru Terhebat di Anugerah Blockbuster 2012.Tidak dinafikan juga sebenarnya ramai pelakon2 baru kita yang berbakat seperti Neelofa,Anzalna Nasir,Hanez Suraya dan ramai lagi.
Bukan saya nak puji sebab saya minat dia tapi seriously,she's talented.Bagi saja watak apa padanya.Mesti dia menghayati sesuatu watak yang diberi dengan penuh kesungguhan.
Jari nie dah penat menaip nie.Rehat kejap sesambil cari cerita baru.Tetapi ingat,nak tulis sesuatu jangan sampai jatuh fitnah atau memburukkan orang lain....
p/s:Artis tanpa gosip pun boleh hidup apa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan