Sabtu, 31 Ogos 2013

Beza murid sekolah zaman dulu dan sekarang


Dulu:Dengar saja bunyi derap tapak kasut cikgu dah cuak.Masing2 senyap bila cikgu lalu atau masuk dalam kelas.

Sekarang:Bukan saja derap tapak kasut,cikgu lalu pun selamba buat bising dan tak hiraukan cikgu yang ada kat situ.Cikgu sound baru nak diam.

Dulu:Cikgu pukul dah tak berani nak buat lagi kesilapan itu.Kalau mengadu kat mak ayah,lagi ditambah kena pukul dengan mak ayah pula.

Sekarang:Bukan kena pukul pun,denda berdiri atas kerusi pun balik nanti siaplah."Buat corak" kat kereta cikgu takpun pancitkan kereta cikgu.Bila kena pukul sikit,mengadu kat mak ayah dan mak ayah percaya sebulatnya kat anak,datang sekolah serang cikgu dan ugut saman.

Dulu:Jangan nak melawan,nak angkat muka bila tengah kena marah dengan cikgu pun takut.Dengan mak ayah lagilah takut.

Sekarang:Hebat anak murid sekarang.Siap menengking dan ada yang sanggup terajang cikgu.

Dulu:Malu gila bila guru besar umum nama naik pentas masa perhimpunan dan disebat kat punggung depan murid2 lain dan guru2..

Sekarang:Rotan dah tidak relevan lagi.cikgu sebat sekali,tak lut.Makin bertambah degil lagi adalah..

Sebenarnya banyak lagi tapi setakat tue aje yg mampu.Huhuhuhuhu...dulu masa saya sekolah,saya nakal juga dan tak buat kerja sekolah.Kena rotan memang keraplah tapi tak berani nak lawan cikgu.Nak mengadu kat mak dengan abah saya lagilah takut.Mak dengan abah saya seorang pendidik.Tapi jiwa anaknya jiwa seni dan memasak.huhuhuhhu...Guru ibarat lilin yang membakar diri.Mak,ayah dan guru2 mengajar kita untuk kita menjadi manusia yang berguna.Walaupun saya hanya mempunyai segulung SPM tapi Mak ayah serta guru2 saya mendidik saya menjadi seorang yang berguna.Tak kiralah siapa kita namun jasa mereka hanya Tuhan sahaja yang dapat balas.

p/s:Mak ayah cikgu,kenapa anaknya taknak jadi cikgu?Jawab saya,"Jiwa saya jiwa seni walaupun saya bukan pelakon,penyanyi,pengarah,penulis.Saya hanya seorang budak perempuan pembantu kedai siber kafe di kampung.Jiwa saya jiwa memasak.huhuhuhuhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan