Sabtu, 31 Ogos 2013

Beza murid sekolah zaman dulu dan sekarang


Dulu:Dengar saja bunyi derap tapak kasut cikgu dah cuak.Masing2 senyap bila cikgu lalu atau masuk dalam kelas.

Sekarang:Bukan saja derap tapak kasut,cikgu lalu pun selamba buat bising dan tak hiraukan cikgu yang ada kat situ.Cikgu sound baru nak diam.

Dulu:Cikgu pukul dah tak berani nak buat lagi kesilapan itu.Kalau mengadu kat mak ayah,lagi ditambah kena pukul dengan mak ayah pula.

Sekarang:Bukan kena pukul pun,denda berdiri atas kerusi pun balik nanti siaplah."Buat corak" kat kereta cikgu takpun pancitkan kereta cikgu.Bila kena pukul sikit,mengadu kat mak ayah dan mak ayah percaya sebulatnya kat anak,datang sekolah serang cikgu dan ugut saman.

Dulu:Jangan nak melawan,nak angkat muka bila tengah kena marah dengan cikgu pun takut.Dengan mak ayah lagilah takut.

Sekarang:Hebat anak murid sekarang.Siap menengking dan ada yang sanggup terajang cikgu.

Dulu:Malu gila bila guru besar umum nama naik pentas masa perhimpunan dan disebat kat punggung depan murid2 lain dan guru2..

Sekarang:Rotan dah tidak relevan lagi.cikgu sebat sekali,tak lut.Makin bertambah degil lagi adalah..

Sebenarnya banyak lagi tapi setakat tue aje yg mampu.Huhuhuhuhu...dulu masa saya sekolah,saya nakal juga dan tak buat kerja sekolah.Kena rotan memang keraplah tapi tak berani nak lawan cikgu.Nak mengadu kat mak dengan abah saya lagilah takut.Mak dengan abah saya seorang pendidik.Tapi jiwa anaknya jiwa seni dan memasak.huhuhuhhu...Guru ibarat lilin yang membakar diri.Mak,ayah dan guru2 mengajar kita untuk kita menjadi manusia yang berguna.Walaupun saya hanya mempunyai segulung SPM tapi Mak ayah serta guru2 saya mendidik saya menjadi seorang yang berguna.Tak kiralah siapa kita namun jasa mereka hanya Tuhan sahaja yang dapat balas.

p/s:Mak ayah cikgu,kenapa anaknya taknak jadi cikgu?Jawab saya,"Jiwa saya jiwa seni walaupun saya bukan pelakon,penyanyi,pengarah,penulis.Saya hanya seorang budak perempuan pembantu kedai siber kafe di kampung.Jiwa saya jiwa memasak.huhuhuhuhu...

Tasha Shila

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Tasha shila nie.Pasti ramai jejaka diluar sana terpikat dengan kecantikannya.Ini dia biodata ringkas Tasha Shila:

Nama penuh:Natasyasheila binti Abdul Razak
Nama pentas:Tasha shila
Umur:26 tahun
Tarikh lahir:25 januari 1987
Tempat lahir:Ampang,Selangor
Kerjaya:Pelakon dan model


Saya memang meminati Tasha shila.Drama yang buat saya tersentuh hati adalah drama "Saleha" yang ditayangkan di slot Cerekarama TV3.Memang best gila drama tue.Antara drama-drama lakonannya adalah:


 

  • Spanar Jaya (Sitcom)
  • Dottie (Drama Siri Astro Ria)
  • Gemilang
  • Panggilan Arwah (Telefilem Astro Citra)
  • Mila Kejar Cinta
  • Sahara (Drama Siri 25 episod Slot Samarinda TV3)
  • Saleha (Cerekarama TV3)
  • Ku yakin Berlaku (Telefilem Astro Oasis)
  • Mencari Jannah (Telefilem Astro Oasis)
  • Bidadari Syurga (Telefilem Astro Oasis)
  • Cinta Dalam botol (Cerekarama TV3)
  • PA Cinta (Cerekarama TV3)
  • Pengawal Hatiku (Skrin di TV9)
  • Landasan Cinta (Cerekarama TV3)
  • Penggali (Cerekarama TV3)
  • Ramadan Terakhir (Drama Siri)
  • Bunga April (Drama siri TV3)
  • Tentang Dhia (Drama siri TV3)
  • Atas Nama Cinta (Drama siri TV3)
  • Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti (Drama Siri RTM)
  • Erna Shuraya (Telefilem Terbitan RTM/RTB di TV2 )
  • Cinta Di menara Burj Khalifa (Telefilem astro prima)
  • Rindu Bertamu di Abu Dhabi (Drama Siri TV3)
  • Epilog Cinta Khirana (2013)

Setakat ini,lakonan Tasha Shila memang terbaik dan tidak menghampakan.Tasha Shila pun boleh menyanyi juga sebenarnya.Huhuhuhu...Dan pandai memasak juga.Dengar orang kata,Tasha Shila nie baik orangnya,tak sombong.Kalau ada peminat nak ambil gambar,pasti Tasha akan layan.Saya tak pernah jumpa pun.Insya-Allah,suatu hari nanti.Amin....

Saya doakan semoga Tasha berjaya dalam bidang lakonan dan sentiasa dalam keadaan baik..amin...

p/s:Betul ke orang yang bernama sheila nie berbakat?Dato' Sheila Majid,Shila Amzah,Sheila Rusly dan Tasha shila...Saya dah kahwin dan ada anak nanti,letak nama Shila jugalah.Hahahahaha.... =P


Rabu, 14 Ogos 2013

Raya 2013

Salam semua...

macamana dengan raya kalian?Mesti best kan.Inilah keluarga saya.Saya hanya dua beradik.Adik lelaki saya,Muhammad Ridhauddin berusia 16 tahun.Gambar diambil ketika beraya di kampung Abah saya di Kampung Gajah,Perak.Baju saya tak sedondon dengan yang lain.Huhuhuhu...

Isnin, 12 Ogos 2013

Biodata

Salam perkenalan...Ini adalah saya...
Ini biodata ringkas saya...

Nama penuh:Rabiatul Adawiyah Maulad Mohamad Rosli
Umur:22 Tahun
Tarikh lahir:14 Jun 1991
Tempat lahir:Sri Aman,Sarawak(Dibesarkan di Sg Buloh,Selangor)
Bil.Adik-beradik:2(anak sulung)
Status:bujang
Makanan kesukaan:Janji sedap dan halal serta berkat
Minuman kesukaan:Jus buah
Idola:
 


Hobi:Melayari internet,memasak,berjalan dan membaca komik


Ahad, 11 Ogos 2013

Assalamualaikum semua.Macam mana dengan hari raya?Saya Alhamdulillah,semua baik-baik sahaja.Dah lama saya tidak bekerja.Bukan sebab saya pemalas ke atau apa.Tapi sekarang dah mula bekerja sebagai pembantu kedai internet kafe di kampung saya,Kg Merbau Sempak,Sg Buloh.Okeylah tue daripada tak ada kan.Huhuhuhu...

Apa susah,rumah dekat.Jalan kaki aje.Makan minum dah sedia.Sewa rumah takde.Untung sangat2.Takde Diploma pun boleh hidup.Asalkan kerja kita halal dan kit rajin berusaha.

Kucing oh kucing

Siapa yang tak minat dengan kucing?Kebanyakannya semua suka kucing dan mungkin hanya beberapa sahaja yang tak suka.Kucing ini adalah haiwan kesayangan Nabi junjungan kita,Nabi Muhammad SAW.Saya pun ade tiga ekor kucing iaitu Mama,Tennga dengan Chika.Tapi yang hairannya,ada jugak manusia yang suka menyeksa kucing.Ada yang dipotong kakinya,disepak,dipukul,dilanggar(dengan sengaja).Kucing tue makhluk Allah juga.Memang Allah jadikan kucing duduk dikalangan manusia.Kucing nie salah satu terapi buat kita terutamanya yang ada penyakit.Melayani kucing membuatkan kita lupa dengan kepenatan,kesakitan dan kesedihan dialami.

Saya memang suka kucing.Bila saya sedih,saya akan cari kucing dan peluk dia(kucing tue redha aje).Kadang2,tidur pun dengan kucing.Bila dia nak makan,dia suka bergesel-gesel badan dekat kaki sambil mengiau.Kucing makan tak banyak macam manusia.Dia tak minta pun chicken chop ke,spaghetti carbonara ke,nasi lemak ke atau Mushroom soup.Cukuplah sekadar nasi bersama ikan kembung rebus atau kepala ikan yang ditumbuk dan digaul dengan nasi ataupun makanan kucing seperti Whiskas atau Frieskies.

Kucing tak minta Lamborghini ke,Veyron Bugati ke,Kawasaki Ninja ke,atau Ipad.Cukuplah kita layan,jaga dan sayang cukup2.Dia pun berhak nak berkasih sayang.Yang alergik atau takut kucing,jangan sampai bertindak kejam terhadapnya.Rasanya itu aje yang dapat dikongsikan.

Bye dan Selamat Hari Raya...